Gaul (Gaul)

Cakep ⌋     ⌈ English

-🌺 GAUL 🌺-
GAUL

(1) -h (2) Kamu dah a’anak kahidupan di ranah. (3) Barkahasih sayaŋ dah s’sama kamu. (4) Haɲa tarbahagi sai uraŋ saɲeriŋ dan taʔ saɲeriŋ andar kamu. (5) Apa dah uraŋ saɲeriŋ? (6) Uraŋ saɲeriŋ dah uraŋ iaŋ sihulu paraŋgaran da masih hidup, dapet malahinken mana bener mana salah, ada sihati siauar dan sialem ka s’sama uraŋ, taʔ sampay hati buat ‘ɲakiti uraŋ lahin, dapet baraŋgar sabibas, dan taʔ dapet tarpaŋaruh deŋan tunjuʔan jahat iaŋ ‘muter baliʔken satu beŋis saau satu kabaiʔan deŋan ‘ɲjual adan tuhaan. (7) Uraŋ saɲeriŋ dah iaŋ dapet kamu paŋgil uraŋ baiʔ.

(1) ah (2) Kalianlah anak-anak kehidupan di dunia. (3) Berkasih sayanglah sesama kalian. (4) Hanya terbagi sebagai orang normal dan tidak normal sahaja kalian itu. (5) Apakah orang normal itu? (6) Orang normal adalah orang yang akal pikiran mereka masih hidup, dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah, memiliki rasa empati dan simpati ke sesama manusia, tidak sampai hati menyakiti orang lain, dapat berpikir secara bebas, dan tak dapat terpengaruh dengan ajaran jahat yang memutarbalikkan fakta bahwa suatu keaniayaan menjadi suatu kebaikan dengan menjual nama tuhan. (7) Orang normallah yang dapat kalian panggil orang baik.

🌺  ⦶  🌺

(8) Dan apa dah uraŋ taʔ saɲeriŋ tu? (9) Siidaŋ dah uraŋ iri, deŋki, seneŋ ‘niŋuk uraŋ lahin susah, daʔ siauar dan sialem ka uraŋ lahin, sampay hati buat ‘ɲakiti uraŋ, bargiat terus buat ‘maŋaruh uraŋ saau beŋis, ‘mayuhken saada macem kiat, tarmasuk ‘ɲjual adan Hiyaŋ. Uraŋ taʔ saɲeriŋ cemitu dah iaŋ dapet kamu paŋgil uraŋ jahat. (10) H’hati kamu deŋan uraŋ cemini, dan jaŋan dah kamu saau uraŋ cemini. Taʔ tenaŋ dah sal’lama hidup da u’uraŋ jahat ni.

(8) Dan apakah orang tidak normal itu? (9) Merekalah orang yang iri, dengki, senang melihat orang lain susah, tidak ada empati dan simpati kepada orang lain, sampai hati untuk menyakiti orang, berusaha terus untuk mempengaruhi orang untuk jadi aniaya, menghalalkan segala macam cara, termasuk menjual nama Hyang. Orang tidak normal seperti itulah yang dapat kalian panggil orang jahat. (10) Hati-hati kalian dengan orang seperti ini, dan janganlah kalian jadi orang seperti ini. Tak tenanglah selama-lamanya hidup mereka orang-orang jahat ini.

🌺  ⦶  🌺

(11) Apa dah leta paŋkal? (12) Itu dah leta iaŋ taʔ barulih nibuat biar apa pun alesan a. (13) Apa lar l’leta paŋkal tu, sempet kamu n’ak ‘nahu ɲa? (14) Siida dah ka uraŋ kamu ‘mbunuh, ‘maliŋ, dan apa salebay 'neral.

(11) Apakah dosa asal itu? (12) Itulah dosa yang tak boleh diperbuat walau apapun alasannya. (13) Apa saja dosa-dosa dasar itu, jika kalian ingin mengetahuinya? Merekalah yang kepada manusia kalian membunuh, mencuri, dan atau memaksa.

🌺  ⦶  🌺

(15) Jaŋan dah kamu geli buat bargaul deŋan apa makan di tempat uraŋ haɲa lantar u’uraŋ tu taʔ saturutan, taʔ saaliran, apa taʔ sapandapet deŋan mu, salagi siida tu bersih dan taʔ teŋah tarkena paɲakit hawar iaŋ ‘matiken. (16) Lantar, kamu tu s’sama uraŋ. (17) Jaŋan beɲci uraŋ lantar apa iaŋ siida makan dan apa iaŋ taʔ siida makan. (18) Di kamu iaŋ pantaŋ buat nimakan dan niminum tu a’apa iaŋ ‘mbaba kaburukan, paɲakit, dan mati ka kamu. (19) Apa pun itu iaŋ nimakan dan niminum barl’lebih, tentu dah dapet ‘mbaba kaburukan, paɲakit, dan mati ka kamu, taʔ luput biar kamu teŋgak air andar. (20) Saau, jaŋan dah lebay dalem makan dan minum. (21) Namun salagi iaŋ kamu eɲam tu suay deŋan kausahan mu, maka payuh dah siida nipajuh.

(15) Janganlah kalian jijik untuk bergaul dengan atau makan di tempat orang hanya karena orang-orang itu tidak seagama, tidak sealiran, atau tidak sependapat dengan kalian, selagi mereka itu bersih dan tidak sedang terkena penyakit wabah yang mematikan. (16) Karena, kalian adalah sama-sama manusia. (17) Jangan benci manusia karena apa yang mereka makan dan apa yang tidak mereka makan. (18) Bagi kalian yang haram untuk dimakan dan diminum adalah apa-apa yang membawa keburukan, penyakit, dan mati kepada kalian. (19) Apapun itu yang dimakan dan diminum berlebih-lebihan, tentulah dapat membawa keburukan, penyakit, dan mati kepada kalian, tak luput biarpun kalian tenggak air sahaja. (20) Jadi, janganlah berlebih-lebihan dalam makan dan minum. (21) Namun selagi yang kalian konsumsi itu sesuai dengan keperluan kalian, maka halallah mereka dikonsumsi.
Diberdayakan oleh Blogger.